Siapa Kami?

Menulis adalah sukar. Merekacipta lebih sukar lagi.

Selepas beberapa tahun bersama di beberapa buah organisasi - dalam bidang pengiklanan, pernerbitan dan kreativiti, kini, aku dan Din bergabung lagi dengan nama MataCipta.

Din - seorang bekas pereka grafik di beberapa buah organisasi. Dahulunya dia berkerja dengan sebuah syarikat Hong Kong. Beliau juga pernah menjadi pelukis muka hadapan majalah Cosmic. Aku mula mengenalinya tahun 2001 apabila dia mula bertugas di organisasi yang sama dengan aku.

Sejak itu - kami berdua telah menghasilkan banyak hasil kerja bagi tujuan pemasaran. Kami menghasilkan flyers, brosur, banner, reka iklan di majalah dan suratkhabar, logo syarikat serta iklan televisyen. Seperti biasa aku menulis tagline, dia merekabentuk.

Setelah aku ke Jakarta - Din meneruskan pekerjaannya di Kuala Lumpur. 

Tahun 2005 - apabila aku berhijrah ke organisasi lain aku dan Din bergabung semula. Kali ini memang kami berkerja dalam industri pengiklanan dan penerbitan. Kami menghasilkan design billboard dan juga marketing kits untuk beberapa buah agensi kerajaan.

Tahun 2006 - kami berpecah. Dia meneruskan kerjanya sebagai orang seni di sebuah syarikat lain. Aku pula mula memasuki alam akademik. Cuma sekali sekala kami bergabung dalam kerja-kerja 'ad-hoc'.

Tahun 2007 - sebelum aku ke Australia kami pernah menghasilkan Buletin 24 halaman untuk sebuah pertubuhan. Kami menyiapkannya dalam tempoh masa kurang 24 jam. Kerja itu sepatutnya dilakukan oleh agensi lain. Bagaimana pun, kerana tidak ada yang sanggup, kami menyanggupinya. Din meletak gambar, aku mengarang ayat. Dari jam 7 malam sehingga ke 7 pagi besoknya, kami berselang seli melakukan tugasan paling pantas itu.

Di MataCipta, kini kami berkerja secara online. Tugas aku hanya diperlukan kalau ada kerja seni yang melibatkan tulisan pemujukan.

Sekiranya anda, atau organisasi anda merancang untuk menghasilkan sesuatu yang memerlukan daya cipta, kami boleh membantu anda. Kami boleh memulakannya dari proses awal - berfikir konsep, merangka ayat dan merekabentuk. Kami  juga boleh menyediakan sekecil-kecil bahan cetak seperti penanda buku atau 'business card' sehinggalah kepada konsep kempen iklan secara menyeluruh.

Perkhidmatan yang ditawarkan boleh dilihat di sini.

Menulis adalah sukar. Merekacipta lebih sukar lagi. Biarkan kami berfikir untuk anda.

Hubungi kami di salesmatacipta@gmail.com sekarang juga!